Nadi Enterpreneur_Preneur_Webinar Pemasaran & Operasi Perniagaan
12 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Disember 2025, telah berlangsung NADI ENTERPRENEUR_PRENEUR_WEBINAR PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Webinar ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Tengku Ismit menerangkan mengenai pengenalan 4P permasaran iaitu Product, Price, Place dan Promotion. Seterusnya, Encik Tengku Ismit berkongsi mengenai operasi perniagaan iaitu apakah perniagaan yang akan dijalankan, sasaran pelanggan, persediaan untuk memulakan perniagaan dan bagaimana perniagaan dapat berkembang dalam masa 1 hingga 5 tahun. Encik Tengku Ismit turut menerangkan mengenai merancang operasi. Selain itu, Encik Tengku Ismit berkongsi mengenai pengurusan masa iaitu buat jadual harian, masa operasi dimaklumkan dengan jelas kepada pelanggan, pekerja komited dan patuh pada masa operasi yang ditetapkan dan komited pada tempoh masa untuk mengasilkan produk atau perkhidmatan. Antara lain, Encik Tengku Ismit berkongsi mengenai pengurusan sumber iaitu lokasi perniagaan, proses pengeluaran atau perkhidmatan, sumber manusia dan peralatan. Akhir sekali, Encik Tengku Ismit menerangkan mengapa teknologi penting untuk operasi dan alat teknologi yang sesuai untuk usahawan contohnya sistem pengurusan stok, sistem point of sale, perisian pengurusan projek dan keselamatan data.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai entepreneur. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: